Pages

Monday, 25 December 2017

MESIR (PART 1)



Mesir. (sumber gambar dari page tourist guide kami. nt saya share page nya)  



Kata seorang ustaz dari Indonesia semasa kami di sana:

"Mesir negara yang unik dan menarik untuk dikunjungi kerana banyak menyimpan segudang sejarah peradaban besar. Selain itu, di Mesir juga kita akan menemukan berbagai macam orang. Mulai dari yang gantengnya seperti Nabi Yusuf, yang cantiknya seperti Cleopatra, yang sholehnya seperti Nabi Musa sampai yang jahat dan sombongnya seperti Firaun..."


MESIR... Sebuah negara yang banyak menyaksikan sejarah peradaban manusia. Bermula dari sejarah peradaban Firaun, Rome hinggalah peradaban Islam.

Cairo pula merupakan sebuah ibukota terbesar di Benua Afrika. Kota yang mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi. Difahamkan jumlah penduduk di kota Cairo sahaja sudah menyamai jumlah seluruh rakyat Malaysia.

Perasaan tu lain sangat bila jejakkan kaki di bumi para anbiya ni. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Setiap kali mendengar cerita-cerita tentang para pejuang agama, cerita para ahli sufi, imam-imam dan cerita sejarah para nabi-nabi, hati jadi rindu. Hati rasa sayu dengan pengorbanan mereka perjuangkan Islam. Di mana kita dibandingkan dengan mereka. kerdilnya..

Terlalu banyak sejarah yang seharusnya membuat manusia lebih berfikir tentang kebesaran dan keagungan Allah.

Mya berbesar hati nak share dengan semua tentang pengembaraan kami di kota purba penuh sejarah terhebat ni.

ITINERARY 18 HARI KE EGYPT

Currency :RM 100 = 400 Egyptian Pound (L.E)
25 Nov 2016 - 12 Nov 2016


Ni gambar fevret suami! <3
Fakhri & Aisya ayat-ayat cinta kah? hakhakhak =P



DAY 1 (25nov2016)

Flight dari Malaysia : 9.40 am

Seat Oman air 4 in line. so alhamdulillah kami boleh duk sama-sama berempat.
Tokma je duk seat asing sebelah tu ;)

Transit 2 jam kat Muscat, Oman


 Tiba di Cairo International Airport: 5.30 pm (waktu maghrib Cairo)

-          Makan di Papai (4 Nasi Arab, 2 Hawawshi = 150 LE/ RM37.50) wow! murah!

Di hadapan Restoren Papai


Nasi Arab.
Ayam besau naw. tak habis makan pun

Hawawshi. Ala-ala murtabak la jugak. Inti daging

      Lepas makan, kami balik rehat di bilik je. Penat kan flight lama -.-'


DAY 2 (26nov2016)

-        Bangun pagi-pagi cecepat bukak tingkap sebab nak tengok view Cairo siang hari.. ehehe. Rupanya semua bangunan kale sama je. COKLAT! Dan mostly orang kaherah tinggal dalam flat / apartment. Takde rumah atas tanah pun. Dan bila ditanya rupanya memang bangunan kat sana even diorang cat kale-kale pun, lama-lama akan jadi kale coklat jugak. Kat sana habuk debu terbang kuat sangat!

View dari bilik kami 



      Hari pertama ni kami tak plan buat apa pun sebab penat kan. So just ke kedai buah-buahan berhampiran. Bukan apa, anak-anak memang hantu buah. Takde makanan lain takpe, buah kena ada. Tapi better jadikan buah as snack kan? dari bagi jajan..zzzz

      Btw, buah-buah kat Egypt ni sangalah besar. Rasa macam sangat suburnya tanah arab ni kan? Dahla buah besar-besar, manis pulak tuh..

Buah delima dia kemahen besau. Macam saiz bola besi
 lontar peluru tu. bahahaha. kalo kat malaysia kan 
saiz bola tenis je pong!

Labu air tu kalau kena kepala, bole lupa ingatan gamaknya 

-        Tengah hari lepas lunch kami rest di bilik sebab masih jetlag. 
-        
                 
     NASR CITY
     Petang bila dah rasa bertenaga sikit, kami jalan-jalan di Nasr City.  Tipsnya, tak payah bawak stroller kat sini. Susah. Sebabnya devider jalan dia kadang tu kereta naik parking kt atas. Pastu  tak rata. Naik turun-naik turun kami ni ha.. Berpasir pun ye jugak..Sepanjang jalan banyak gerai tepi jalan jual pakaian, carpet & perhiasan wanita.


Nampak xde space pon nak tolak stroller. Traffic kt sini sangat busy.
Tak selamat sangat nak tolak stroller tepi jalan


Halwa orang arab dalam kipas besar tu. ok. masa ni Tuan Muda Fayydh dah
 tido sebab masa malaysia dah 12tgh malam.kat sana baru pukul 6 petang.

Crepe ayam belanda.
Sebenarnya ngeri. Tapi fikirkan bila lagi nak try kan.. so try je!!
Sedap jugak. Rasa macam ayam je pong!!

Di hadapan Genena Mall. Tengah tunggu uber

-          Dinner di Genena Mall (3 crepe + 2 Frech fries + 4 air kotak = 90 LE / RM22.50)
-          Uber balik bilik 13 LE/ RM 3.25
Total : 103 LE = RM 25.75


DAY 3 (27nov2016)

GIZA
Untuk hari ke 3 ni kami sewa avanza utk 1 hari & hire student Al-Azhar jadi driver.
Sewa avanza = 400 LE
Petrol = 100 LE
Driver = 200 LE

Piramid + Unta = signature Egypt! ;)

-         
3 piramid ;)
*sila abaikan model-model cilik kami. hikhik



Kat Giza ni ada 3 Piramid. 3 saiz. Saiz bapak-mak-anak.. Nak masuk area sini kena bayar 80 LE seorang (RM 20).



Kami berempat dengan ma & adik ;)

Si kecik kemain lagikkkk.

Dah masuk area sini memang banyak kena berjalan la. Sebab besar tempat dia. Tapi if ada orang tua yang tak larat jalan, boleh je naik unta & kuda berbayar. Kami jalan je. Make sure sebelum naik kuda/unta kena deal betul-betul la harga sebab orang arab ni lain macam sikit kalau tak deal.


Pak arab tengah cari customer 

Kakaks chanteks tengah tunggang kuda kelilingi piramid 
Sovenir jual tepi jalan tanpa lapik camni je

Mya, suami & ma <3

Besar sangat seketul-seketul batu untuk buat piramid ni.
Boleh bayang tak manusia yang bawak ni?? 
Bila tengok depan mata, tak terbayang betapa terseksanya rakyat di bawah pemerintahan Firaun. Batu-batu ni dipunggah dari  Luxor & Aswan. 650km-700km dari Kaherah. Allahhu. Sedih!
Dulu mana ada penganggkutan canggih. Bukan seketul je batu ni nak diangkut. Tapi untuk 3 biji piramid yang gah berdiri.Allah. Allah. Allah!  Tenaga manusia dikerah sebegitu rupa  =(

Beruntunglah hidup kita sekarang ni! SYUKURLAH!

Adik kesayangan. Pelajar Al-Azhar ;)
Saje up pic dia. Sebab rasa lawa sgt iols snap pic ni! bahahaha. perasan!


Kasik can la kat kakak pulekkk ;P

Kakak  cupiya pom nak berniqab jugak  >,<

Moga cinta kami sampai syurga. (**blushing)



kami <3

Lepas melawat 3 piramid, kami dibawa ke 1 seightseeing point yang akan nampak keseluruhan kawasan giza ni. Kat sana boleh naik unta sekejap. 15 LE je cas seorang. (RM3.85 je) 

Ayah & kakak Sufi
Umi & Adik Fayyadh

Tokma & cucu-cucu

Ehem!
tak suka boleh scroll laju-laju. hahahaha >,<

Lepas dah snap-snap pic, kami dibawa ke area sphinx pulak. Kat kawasan ni banyak jual souvenir.

Gerai sovenir sepanjang jalan nak ke sphink dari parking kereta

Ada 1 tempat berkumpul kt sini. Banyak kerusi disediakan.

Cantik sangat kan view dari sini?
Laluan menuju ke Sphinx

Tengok adik Yad, ada je gaya dia >,<

Yang ni kakak cupi pulak yang over naw >,<
Great Sphinx of Giza


Berempat lebih baik? <3


Budak bijak anak soleh umi ;)

Kasi can lerrr

KARDASAH SOUQ
Setelah puas melawat kawasan Giza ni, kami dibawa menuju ke Kardasah Souq. Tak jauh dari Giza ni je. Kardasah Souq ni merupakan syurga jubah. Banyak butik jubah bersusun-susun. Tengok baju dalam kedai-kedai risau mahal. Rupanya harga sangat murah! Seriously! 

Permulaan gerai di Kardasah Souq

Pelok lebih sikit sebab dah berjaya pow jubah banyak-banyak. bahaha
Kat Kardasah Souq ni tak sempat bergambar banyak sangat pun. Sebab ralit duk pilih baju untuk kedua-dua belah family. Oh perempuan! kihkihkih!

NILE CRUISE
Dah settle shopping jubah, kami ke Sungai Nil. Sungai yang selalu kita dengar namanya disebut-sebut ustaz & ustazah di sekolah dari kecik lagi kan? Nama sungai yang disebut dengan jelas dalam Al-Quran. Malah dalam kitab suci agama Yahudi & Kristian jugak ada disebut. Sungai Nil sungai yang sangat bersejarah. Nabi Musa a.s pernah dihanyutkan di Sungai Nil ni oleh ibu dia masa Nabi Musa a.s masih baby.
View Sungai Nil masa hampir sunset. Semuanya warna keemasan. Indah & tenang


Kami semua!
Nile Cruise sambil menikmati sunset sangatlah menenangkan jiwa. Bayaran utk 1 bot ni hanya 125LE/ RM31.25. If nak murah lagi boleh naik cruise yang public. Ramai orang & ada tarian gelek arab jugak. peewwitt! ekekeke.. kami tak naik yang tu. Ustaz-ustaz al-azhar takmau. Lagipun bawak anak kecik kan. Juling mata anak-anak nanti >,<

Ma & adik & mya


Kakak - adik
Bila kat Sungai Nil ni, teringat pulak cerita ayat-ayat cinta. Ada 1 scene Fakhri & Maria kat sini. 

jodoh tu dari hati...dekat sekali.. ececeyyyy 
Habis je cruise dah gelap. Sekitar Sungai Nil ni banyak ada kereta kuda untuk disewa.
Pusing-pusing bandar dengan kereta kuda sangat best kan?       


DAY 4 (28nov2016)

AIN SOKHNA



Pantai ni 2 jam dari bandar Cairo. Cuaca pagi ni sangatlah sejuk. Tapi semangat nak berjalan punya pasal, gigih je lepas subuh bersiap-siap terus.

Kakak sufi tak mandi pon pagi ni. jejukkk shangat! 
Kami sewa bas mini 25 seater sebab kawan-kawan adik pun ada sama. Meriah hari ni tau! Ramai adik-adik al-Azhar join.

Meriah sangat kan?



Pantai yang terkenal dengan dolphin. BTW kat sini pantai berbayar ye. Kalau ke pantai yang tak berbayar, memang tak rupa pantai pun. Tak terjaga.

Pantai berpagar ye

Ni view dari pagar entrance pantai yang kami sewa. so, this is our territory today! ehehe

cantik ke tak cantik pantai 'kami' ni?

Dan tetiba ada surprise birthday cake dari adik-adik. oh! terharunya. Birthday dah lepas
4 hari pun sebenarnya. Thankyou Allah atas ukhuwah baru ini ;)
Red Velvet cake air tangan adik-adik. Best sangat! Terharu!
Anak-anak mandi pantai, umi ayah bercanda di tepian pantai. hew hew hew 

Sesenyap dia buat kerja
 Kami berbbq, makan-makan, mandi-mandi dari pagi sampai petang. Matahari terik. Tapi angin sejuk. Ingatkan dah takde rezeki nak tengok dolphin. Kan kononnya pantai ni memang terkenal dengan dolphin. Tapi sebelum balik tu tetiba ada sekawan dolphin lalu. Yeay!! Memang tak sempat ambik gambar. SEmpat ambik video je. Pon jadi laaaaa. hehehe

Nak tengok video nya boleh tengok kat ig mya ye ;)
harap boleh ke egypt lagi & jumpa semua lagi ;)


DAY 5 (29NOV2016)

ZIARAH MAQAM-MAQAN PARA AULIA' & MASJID SEKITAR CAIRO

Tak lengkap rasanya berkunjung ke Egypt tanpa melawat maqam-maqam & dan bangunan bersejarah. Untuk hari ke lima ni kami dibawa melawat maqam & masjid si sekitar Cairo. Beberapa orang adik-adik al-azhar pun join kami. Kebiasaan pelajar mesir yang nak exam akan melawat maqam-maqam dan berdoa mengambil keberkahan dari meraka yang dekat dengan Allah. 

Kami diberikan penerangan oleh Ustaz Izzat. Pelajar Al-Azhar yang sangat berpengetahuan. Bila dia cerita, seakan kita kembali ke zaman para sahabat. Hebat sangat walaupun orangnya nampak pendiam & sangat pemalu. Tapi ilmunya masyaallah. Betullah orang kata, pelajar al-Azhar ni belum habis belajar (graduate) pun dah boleh mengajar sebenarnya..

Ustaz Izzat (berjubah) tengah berikan penerangan

Maqam Ibn Hisham. Pengasas ilmu/ kitab nahu
1. Maqam ibn Hisham.

Jangan pelik bila kita nampak bangunan-bangunan seakan rumah sebijik-sebijik atas tanah ni adalah kuburan. Kat Cairo rumah tempat tinggal semuanya apartment. Rumah atas tanah adalah kubur / maqam. Dan sedihnya, bila ada family yang tinggal di kuburan ni disebabkan tekanan hidup. Tak mampu menyewa apartment. :( 
BTW, bila berada di Cairo korang akan tengok ramai gelandangan tidur kat jalanan je. Ramai orang susah sebenarnya kat sini. Kadang tu ada amu (pakcik) yang bantu kita lintas jalan & hantar kita sampai depan pintu van pun akan mintak bagi tips. So, bagi je lah. Anggap sedekah kan. Kita bagi syiling je pun diorang sangat happy.

2. Pintu Kota Mesir
Pintu Kota Mesir
Pintu Kota Mesir yang gah berdiri kat belakang ni ada 2. Setiap kali tentera pergi berperang rakyat Mesir akan tunggu dengan penuh debaran. Kalau tentera balik melalui Pintu Kota Mesir belakang kami ni, menandakan mereka menang dalam pertempuran. Sebaliknya bila balik melalui pintu ke2, bermakna mereka kalah.. Hebat kan?

3.  Maqam Imam Shaa'rani


Imam Shaa'rani adalah orang yang alim bidang Tasawuf. Telah menghasilkan lebih 30 kitab. Merupakan seorang yang suka buat amal jariah sejak kecik lagi. Kelebihan Iman Shaa'rani ni sangatlah hebat. Beliau boleh mendengar seluruh umat manusia yang berzikir dari maghrib hingga waktu Isyak. Masyaallah. Kita? Nak zikir pun kadang-kadang terlupa -_-"

3. Maqam Imam Ramli



Imam Ramli merupakan guru kepada Imam Shaarani. Imam Ramli sepanjang hayatnya banyak menghasilkan kitab-kitab  rujukan hebat. Malah beliau turut jadi pakar rujukan kitab-kitab / ilmu dari Imam Hanafi.

4. Maqam Sultan Hanafi

Ustaz Izzat tengah beri penerangan tentang Sultan Hanafi
 (maqam di sebelah kiri - kayu berukir)

Digelar Sultan Hanafi kerana beliau berpegang pada Mazhab Hanafi. Berketurunan Abu Bakar As-Siddiq. Sultan Hanafi ni ada banyak keramah yang dimiliki. Beliau boleh mendengar percakapan di dalam kubur, tak basah bila masuk ke dalam air. Beliau juga boleh menjinakkan haiwan liar.


Telaga disebalik sejadah dalam masjid 

Dalam masjid yang ada Maqam Sultan Hanafi ni jugak ada telaga. Air telaga ini menghampiri zat-zat yang ada pada air telaga Zam-zam. Rasa pun lebih kurang sama. Sejarah terciptanya telaga ini ialah apabila dia balik dari Mekah, ada yang meminta air zam-zam darinya. Sifatnya yang pemurah, terus bagi je air tu. Dan bila sampai di rumah, anaknya bertanyakan air zam-zam. Dia berdoa pada Allah memohon bantuan. Maka terpancutlah mata air & hingga sekarang air telaga ni tak pernah kering. Allahhu..Besarnya kuasaMU ya Allah..

Penjaga masjid tolong ambikkan air telaga tu & bagi kami rasa. Alhamdulillah ;)

Air telaga yang sangat jernih. Rasa amazing sangat sebab bila intai telaga ni
gelap gelita. Dalam. Rasa sebiji macam air zam-zam. Masyaallah
Seni bina dalam masjid yang menempatkan maqam Sultan Hanafi ni pun sangat cantik tau.



5.  Maqam Zainab (cucu Nabi Muhammad saw)

Zainab merupakan cucu Nabi Muhammad s.a.w (anak sulung saidina Ali). Maqam ni pun terletak dalam Masjid. Masa masuk area maqam, ramai wanita arab berdoa sampai nangis-nangis. Ada yang pimpin org tua bawak masuk untuk berdoa. Dipercayai orang arab selalu datang berdoa di maqam Zainab untuk memudahkan urusan jodoh. Zainab merupakan wanita yang sangat cantik & berani. Keberanian Zainab terbukti dalam peristiwa Karbala dimana Zainab telah menyelamatkan Hassan & Hussin. Tentera lain terkejut melihat wajah Zainab yang disangkakan lelaki apabila kain yang menutupi wajahnya tersingkap. Hebatnya wanita zaman ni kan?

**kat sini xdan nak snap gambar sebab betul-betul masuk untuk berdoa. Plus, cameraman masuk ikot belah laki kan. kami masuk belah perempuan.hehe.


6.  Masjid ibn Tulun

Masjid ni pula merupakan masjid kedua tertua di Mesir. Di bina oleh Gabenor ke 2 untuk selamatkan rakyat dari banjir. No wonderlah  rekabentuk masjid ni sangat lain dari yang lain. Tinggi & ruang terbuka seolah-olah 1 tempat perhimpunan besar. Ia dinamakan sempena nama Gabenor masa tu, Ibn Tulun.
Nak masuk dalam masjid kena naik tangga-tangga-tangga. Lepas penerangan baru
faham kenapa nak masuk masjid kena naik banyak tangga. Banjir!
Naik tangga stage pertama ada ruang macam ni ;)
Naik lagi next stage & masuk dalam masjid, Masyaallah. INDAH!
Ruang terbuka dengan tiang-tiang gah sekeliling masjid.
Ruang tenga masjid. Ada kubah. 
Ni je mampu. hahaha

BTW, gambar masjid ni ada pada wang kertas mesir. Penat kami cuba snap pic sebelah-sebelah. ni je pon yang paling hebat boleh buat. hikhik

7. Maqam Imam As-Syafie'

Besar masjidnya. Kat dalam pun indah sangat. Tapi sayang part maqam
 tengah renovate masa ni.

8.  Maqam & Tempat Khalwat Saiyyidah Nafisah

Sayyidah Nafisah ni adalah guru kepada Imam as-Syafie'. Pernah qatam al-quran sebanyak 4 000 kali. Masyaallah. Kita setahun sekali bulan puasa pun merangkak-rangka nak qatam.. hmmm..
Tempat khalwat Saiyyidah Nafisah ni kat dalam tu
 muat 1 orang je. 1 sejadah.

9. Masjid Amru

Masjid ni di namakan sempena nama pemimpin tentera Islam yang selamatkan Mesir dari cengkaman Rome. Amr bin Ash.

Masjid ni adalah masjid pertama di Benua Afrika. Besar sangat masjidnya. Cantik gah berdiri. dan masjid ni salah satu tempat Imam As-Syafie' mengajar.

Tengah-tengah masjid

10. Maqam Wali Saghir

Macam sangat amazing bila masuk dalam maqam ni. Sebab ni adalah maqam seorang kanak-kanak. Istimewanya dia, umur 3 tahun dah hafal seluruh alquran. Bacaan tepat & tiada salah langsung. Imam-imam hebat turut akuinya. Umur 4 tahun dia meninggal.

Ni satu-satunya maqam yang bila kami masuk, disambut mesra sepasang suami isteri yang agak berusia. Rupanya tu parents nya. **mata masuk habuk**

Ayahanda wali Saqhir tengah pegang gambar anak dia

Ibu Wali Saghir

Ada peluang melawat maqam ni buatkan Mya rasa kerdilnya diri ni berbanding dengan mereka yang terdahulu. Memang pengalaman yang sangat bermanfaat.

"Menziarahi kuburan seumpama menziarahi orang yang masih hidup. Hikmah dan berkat yang dirasai tidak mampu nak diceritakan. Hingga terasa kehilangan mereka bila hendak meninggalkan maqam selepas ziarah..."😭😭😭



DAY 6 (30nov2016)


-         
      Hari ke 6 ni kami rehat kat rumah sebab esoknya nak travel jauh. Tapi dalam rehat-rehat tu saja ajak adik pergi ke pasar. Nak merasa suasana pasar kat Mesir ni. hehehe. (kakak memang mengada kan)
      Naik cap murah sangat. 5 LE. duit kita bahagi 4. murah kan?? 10 LE pergi & balik.

suasana pasar


kat sana beli ayam pilih yang tengah hidup-hidup 
dalam sangkar terus
Pastu timbang hidup-hidup gak. hahaha.
Lepas timbang dia sembelih & potong depan kita
     Duk biasa beli ayam yang dah togel sesiap. Cam jakun pulak tengok ;)


    Baru mampu tulis 6 hari. Nanti mya sambung kat entry next ye ;)

    LOVE,
    Mya

No comments:

Post a Comment