Pages

Saturday, 30 December 2017

MESIR (PART 2)

Assalamualaikum..

Hi semua!! Jom baca sambungan trip Mya & family ke Egypt! ;)




DAY 7, 8 ,9


TRIP SIWA - MATROUH


Trip kali ni kami ambik tour dengan pelajar-pelajar dari Indonesia. Pakej ni sangat murah sebabnya ni pakej student kat sana. Kiranya kami ni kebetulan la. Rezeki tersepak orang kata. ehehe.

Trip 3 hari 3 malam ke Siwa & Matrouh. Trip ni berharga 325 LE  seorang (RM 81.25) jeeeeee. Pakej ni untuk hotel, transport & makan. Wah! murah sangat kan??


**trip ni kami pergi dengan Lahuella_Travel

11.00 malam (30hb November)
Kami berkumpul di hadapan kedai jus (tempat berhimpun seperti yang dijanjikan dalam group whatsapp). So pukul 10malam kami ambil 1 uber dari tempat penginapan kami ke kedai buah. Sampai awal, so lepak-lepak minum jus dulu even sebenarnya kesejukan dengan udara malam. Seat open kat luar kot. angin malam dia... fuhhhhhh -_-'


1.00 pagi (1 Dec 2016)
Rancangan sepatutnya gerak pukul 11malam. Tapi tiba-tiba bas problem. Menunggu lah sekejap dalam bas. Nasib baik tak gerak lagi kan? so boleh la panggilkan mekanik datang baiki. Bayangkan kalau bas rosak dalam perjalanan. Kat padang pasir nun.. So hidup ni kena banyak BERSYUKUR! ;)


6.30am (1 Dec 2016)
Bas berhenti solat subuh sekejap. Perjalanan dari Cairo ke Siwa sangatlah terasa lama. 600km +-. Bayangkan? ehehe.

Usai solat kami diberikan breakfast. Roti panjang isi scramble egg + tomato + timun. Sedap tomato mesir okay!

Dan...perjalanan diteruskan lagi..


2.00 pm
Barulah kami tiba di SIWA. Penat takyah cerita. Tapi bila sampai rasa seronok sangat!!


SIWA ni adalah daerah paling barat Mesir. Kota ditengah-tengah gurun sahara. Bersempadan dengan LIBYA. Siwa sangat UNIK. Rumah-rumah penduduk dibina dari tanah liat. Special sangat rasanya. Kebun kurma kiri kanan perjalanan kami. Siwa merupakan PENGELUAR KURMA & ZAITUN terbesar DUNIA. Walaupun tiada aliran sungai Nil di Siwa, tapi tanahnya sangat subur dan telah didiami manusia sejak zaman Mesir Kuno lagi. wow!


Sebelum sampai ke hotel, kami melalui satu pekan. Pekan Shali. Kecik je pekan ni. Macam pekan zaman-zaman P.Ramlee kot ni..Dan yang buatkan saya kagum, mereka masih menggunakan pengangkutan lama; kereta lembu & kereta keldai. Sayangnya ralit tengok sampai lupa nak snap gambo. adeiii




Di pintu masuk hotel. Klasik kan? 

Kawasan sekitar hotel

Sampai je hotel, kami check in. Masuk bilik sekejap dan lepas tu ambik angin kat sekitar hotel. Yang bestnya depan bilik kami ada pokok kurma. Boleh petik camtu je buahnya! Excited sangat! First time kot petik direct dari pokok kurma. hikhik


Pemandangan depan bilik kami. Ada kolam. Tapi tak sape hingin mandi. SEJUK!

Petik kurma depan bilik! yeay!

Petang tu takde aktiviti pun sebab kami masing-masing penat kan. So lepak-lepak, makan petang (actually lunch) kat kerusi tepi kolam tu. Lepas makan kami masuk solat & rest. Sebabnya malam ni kami nak ke pekan Shali selepas makan malam.



KE PEKAN SHALI

Arca Pekan Shali dari tanah liat

Okay, mya cerita serba sedikit ye pasal pekan ni ya. Pekan Shali dikenali sebagai KOTA LUMPUR. Dorang ni tak guna bahasa arab. Tapi bahasa Barbar dan mereka pun sebenarnya berbangsa Barbar. Macam kaum minoriti la kiranya di Mesir ni. Pekan ni memang hidup dengan pelancong je.

Dan... Sepanjang berada di sini, kami TAK PERNAH JUMPA SEORANG PUN WANITA barbar. Mereka sangat menjaga wanita-wanita mereka. Hebat kan? Semua penjaga restoren, kedai sovenir, kedai kurma, farmasi tu lelaki. 100% lelaki yang kuasai ekonomi di pekan Shali ni.

Suasana malam pekan Shali

Lagi satu hebatnya pekan Shali ni, even kita nampak rakyatnya macam susah, dengan bangunan lumpur bagai tu kan...Rasanya dari luar sampailah ke hotel kami, hotel tu je yang bangunannya nampak ok. yang lain agak menyedihkan. Mungkin bagi kita tu agak menyedihkan sebab dah biasa tengok rumah yang ok kat Malaysia kan.. Tapi kenyataan ni terbalik sangat! Malaysia rumah cantik-cantik, tapi ramai pengemis, gelandangan.. Sebaliknya, TIADA PENGEMIS di daerah ini. Yes, hidup mereka SEDERHANA. Tapi SEMPURNA pada pandangan mata mya ni. ;)


Perempuan... >.<  malam tu dapat le 2 pashmina lembut. ekeke 


Bos pon nak ugak =P

Lepas belek-belek barang kat kedai souvenir tu kami naik ke 'Kota Lumpur'. Tinggi. Macam 1 bukit - kubu yang diperbuat dari lumpur. Unik sangat! Dan bila naik atas, rasa nak nanges tengok. CANTIK!  Tengok bawah, nampak seluruh kota siwa bercahaya lampu. Pandang atas, MASYAALLAH! Bintang banyak sangat. Bersinar. Bergemerlapan. Langit luas dengan jutaan bintang terang tanpa awan! Indah sangat! Rasa macam kat dunia lain. Alhamdulillah. Besar nikmatMu ya Allah ;')


Laluan naik ke kota lumpur

Agak gelap sebab hanya ada mentol jarang-jarang je kat atas. kami ada bawak mini torchlight
Agak tinggi jugak la nak memanjat bukit ni. Masa ni ma tak ikut. Ma penat travel dalam bas berjam-jam. So ma nak rehat & tidur dengan cucu-cucu je. Makanya, memang best la memanjat bukit time 'bujang' ni kan? hak hak hak

Pemandangan pekan Shali dari atas kota lumpur

Dengan pakwe kesayangan. <3

Kat atas memang banyak kawasan bercerun, kena hati-hati. Dah ada pun divider kayu tu

Binaan dari lumpur

Menikmati keindahan malam penuh bintang. eceh! 

Lumpur-lumpur-lumpur!

          
8.00am (2Dec2016)
-         TASIK GARAM
   
       Ni pengalaman yang sangat rare! Sebabnya rasa macam berada di tempat yang sangat unik dan ajaib! ;)

 

Tasik Garam 

      Melalui 1 kawasan seluas sebuah kampung. Hanya ada 1 laluan di tengah-tengah. Di sebelah kiri dan kanan jalan yang nampak hanyalah sebuah tasik besar saujana mata memandang. Air tasik biru turqoise. INDAH!


Tasik Biru Turqoise. Tempat berpijak tu pun garam

 
     Cantik kan?? subhanallah.. ;)
     Tasik ni dalamnya 5 meter.  Tapi hanya 1m dari permukaan tu je air. 4m ke bawah adalah garam. Dan keluasan tasik ni pun adalah seumpama 1 kampung! wow! Semua tempat adalah garam. hatta tempat berpijak pun! Yang berbukit-bukit kat belakang mya tu pun adalah garam yang digali. tapi warna jadi macam tu sebab kawasan sini berdebu. Angin pun kuat. So garam yang digali dilitupi debu. Nanti garam tu akan dibawa ke kilang.

      No wonder Siwa ni merupakan antara pengeksport garam terbesar jugak. Garam Siwa dieksport ke 7 negara.


      Kandungan garam dalam air dalam tasik garam ini adalah tinggi berbanding dengan kandungan garam dalam air laut mati. Cuba bayangkan?? Yang kat laut mati tu pun manusia boleh terapung...
      Kat tasik mati ni takde sape turun test berenang sebab masa kami pergi tu sangattttt sejuk! So taktau nak cakap mampu terapung ke x. hehehe.


     Tapi baru-baru ni mya ada tgok FB oilta tour (ustaz yang bawak mya trip ke Sinai) dorang uplaod video beberapa guys berenang-renang di tasik garam ni. dan.... TERAPUNG! subhanallah...


     Yang hebatnya,  walaupun garam digali dan diambil, ia tidak pernah berkurang. Dan yang special lagi, musim sejuk, air tasik ini mencair. Manakala musim panas ia membeku ;) Masyaallah.


Ketulan garam yang sangat cantik bila dilihat dari dekat.


macam diamond kan? 



Ma dan adik ;)


kami di tepi tasik garam



Umi, ayah & kak sufi. Nampak pans terik kan? 
Tapi udara sejuk yakmat



    JABAL DAKRUR


     Lepas puas menikmati keindahan tasik garam, kami dibawa ke JABAL DAKRUR. Ni merupakan tempat untuk meraikan Idul Hasad. Setiap tahun diraikan pada 13,14 dan 15 Oktober. Kenapa Idul Hasad? Ha.. ni sejarah la sikit ye. Jangan tido pelis! ahahaha. (stendet budak tdo masa belajar subjek sejarah)


          Asalnya ada 2 kabilah yang selalu bermusuhan. Tapi setelah berdamai, mereka raikannya di Jabal Dakrur ni tadi.

         Bukit ni taklah tinggi mana pun sebenarnya. Tapi mya suka sangat pemandangannya.

Jom panjat tangga!

Pemandangan dari atas

Fayyadh main hide & seek ngan amu dia

ok. part ni kakak jeles. Adik2 duk panggil semut pulakkk dahh..
laki i dalam bas. penat katanya.heh!


     UYUN CLEOPATRA (KOLAM MANDI CLEOPATRA)


        Bila sampai area sini, turun je dari bas, kita akan rasa suasana yang agak nyaman. Macam perkampungan yang comey je. Sebab kolam besar kat tengah-tengah, then ada 1 cafe disebelah kiri, di sebelah kanan ada surau kecik. Pastu ada bunga-bunga mekar area situ. Sangat sederhana, tapi mya suka sangat!

surau dari batang & pelepah pokok kurma

cafe arab memang style bersila penuh bantal

       Sampai je kami diberi pilihan nak mandi kolam tu atau just nak minum 'shai' (hot tea) kat cafe. Seriously kita akan rasa amazing bila jengah ke dalam kolam ni. Kolamnya BESAR DAN DALAM sampai buatkan mya terfikir, sebesar mana lah cleopatra ni ye? Orang zaman dulu-dulu memang besar ya? Sebab besar tu macam boleh parking 3 bas kot kt kolam tu. Dalamnya lebih kurang 5 meter.





Bas pun nampak kecik je bila parking sebelah kolam ni

Geng bdk2 laki dah start terjun kolam

Airnya jernih kebiruan. Boleh nampak hingga ke dasar walaupun kedalaman 5 meter



      Specialnya, air dalam kolam tu suam-suam walaupun masa kami ke sana tu musim sejuk. Dari atas boleh nampak banyak mata air. berpuluh-puluh! Bayangkan mata air dari kolam cleopatra ni boleh menampung keperluan semua penduduk di siwa. masyaallah! subhanallah!



      Banyak yang mya kagum dengan bumi mesir ini. Bermacam keajaiban boleh dilihat yang buatkan mya makin rasa betapa kerdilnya diri ini. 







-        DESERT SAFARI
 
      Mula-mula dengar tarvel guide sebut, duk fikir ape kebendanya nak pi safari ni... gagagaga. Tapi lepas dengar explanation, baru faham yang Desert Safari ni rupanya kita naik Jeep 4x4 meneroka gurun sahara & akan ada aktiviti main luncur pasir. WoW! this is me! mya ni kalau bab test2 permainan baru ni, suka sangat! Sikit pun tak takut. Tapi excited! ;)


      Untuk desert safari ni, bayarannya 240 LE seorang. (RM60 +-)  Untuk aktiviti ni ma &anak-anak tak ikot & stay hotel. Ma awal-awal lagi serender sebab ma ni jenis gayat. hehe

jeep kami

konvoi 7 jeep

      Mula-mula pak arab ni pandai tau. bawak slow je jeep tu. Satu- satu jeep gerak dari depan hotel. Sempat lah tengok keadaan sekeliling kampung Shali tu dengan tenang.

      Sekali..... masuk je area berpasir, pak arab dah start naik hantu. ditekannya minyak rapat!! Naik bukit berpasir tu tinggi2, then dia akan pause sekejap masa sampai betul2 kat cerun. Tak dan kita nak tarik nafas, dia turun LAJU-LAJU-LAJU! weiiiiiiiiii. Dah la tingkap kereta tu tak tutup. memang hujan pasir dalam jeep . hahaha. Jerit-jerit, telanlah pasir skali. kahkahkah! Memang patut ma tak ikot. Mau darah tinggi kat dalam jeep ni kalau dia ikot.


tutup hidung sbb nak elak pasir masuk hidung n mulut. hihi

Nampak tu bukit. Actually kat luar bukit tu tinggi gak tau. 



jeep ni akan stop kat beberapa point dia utk kita lihat scenery yang cantik.



Indah!

      Nafas tertahan. Jeritan bergema. Hati rasa free. INdah!


Adik, adik ipar, laki, bini ;P



      Menurut mereka, Sahara Desert ni kononnya 6000 tahun yang lalu adalah kawasan laut yang sangat luas. Tapi disebabkan perubahan iklim di Afrika utara yang berubah 360 darjah, kawasan ni menjadi sangat kering dan perlahan-lahan menjadi gurun pasir yang sangat tandus dan panas. Dan ternyata ia benar bila terdapat banyak penemuan fosil-fosil hidupan laut di kawasan ini. wallahualam.


Cold Lake ;)

Masa desert safari tu kami melewati "The Cold Lake". Sebuah tasik yang besar di tengah-tengah gurun sahara. Airnya jernih dan sejuk. Boleh nampak ikan-ikan bermain digigi air. Lalang kuning di sekeliling tasik menambah seri tasik ni. Subhanallah. Cantik sangat tau! nih kalau photoshot gambar kawen pun cantik kat sini ;P hihihi.


Pemandangan tepi tasik. indah bukan?

Lompat la serounddd!! hehehe


cold lake, siwa

Actually masa ni pak arab kasik can je sape nak mandi. Tapi takde sape pun nak masuk dalam air tu. sejukkkkkk... tak sanggup! hew hew hew

Lepas dah puas berlegar disekeliling tasik, kami dibawa pula ke next destination. Tapi dengar macam indah la next destination kan.. Padehal, dalam perjalanan tu, pak arab buat hal lagi.. dibawak naik turun bukit laju-laju. Rasa cam nak terbalik je jeep tu. Seram + seronok!

Next destination.... tarra!!!!

kolam air panas, siwa

Kolam air panas pulak! Amazingkan? dalam kawasan gurun sama..ada kolam air panas, ada kolam air sejuk. Masyaallah! Kat sini kolamnya kecik je. plus, minah saleh ngan mat saleh berbikini. so memang kami tak pergi dekat pun. Tengok dari jauh & kami layan makan snack yang kami bawak..


Kemuncak desert safari ni tau tak apa??

LUNCUR PASIR!!! WOW!



Seriously mya excited sangat! ni first time kot. ehehe

Mula-mula geng budak laki yang turun dulu. i peratiiii je.. aishhh.. takleh jadik ni.. yang perempuan lain-lain tu macam takut2. ayu2.. yelah, student mesir kan. hakak ni dulu-dulu student teknikal dik.. duk main mesin-mesin kimpalan seme tu dik.. prangai tu lain maccam sikit. eh?? hehehe

So mya jadi org perempuan pertama yang main luncur pasir. syiok weh masa turun tu. laju!!! ☺

Tapi nak naik semula bukit tu lepas dah turun tu hazab. sebab kau jalan laju-laju tapi rasa macam xgerak-gerak je.. penat! hahahahaha

Nampak tu jauhhh ke bawah. nak panjat ke atas sambil angkut papan
 luncur  tu yang azab. hahaha

Trip ni berakhir dengan tengok sunset sambil minum shai. Shai + unggun api + pak arab + padang pasir + sunset = BEST!

Tapi rasa macam ala-ala pelarian gak la sikit. bahahaha.

ngeteh duluuu! 


cantik kan suasana hampir sunset ni?


kami berempat!

Masa sunset tu kan... kita akan dapat lihat pasir di gurun tu seolah-olah bertukar warna keemasan. sunset yang terrrrpaling cantik pernah mya tengok. PERFECT! Alhamdulillah =)


buruk naw LOVE ni kan? ahahaha


lompatan happy dari team kami! dah tawan siwa desert. yeay! 


perfect sunset i guess! ;)

kasik can laaaaa ;P


       Lepas tengok sunset tu kami gerak balik ke hotel. Balik, rehat sekejap je..lepas tu kami bersiap-siap untuk bawak ma dan anak-anak keluar ke pekan Shali. Kesian la kat ma kan. Sepanjang hari duk bilik dan jagakan anak-anak kami. So malam tu kami naik ala-ala tuktuk utk ke pekan.

      Disebabkan makanan yang disediakan dihotel agak sejuk ( mungkin proses penyediaan tu lama dan cuaca sejuk, cepat je la makanan tu sejuk), so kami decide untuk dinner. Ayam golek berempah seekor 60 LE (rm15) JEERRR! so kami makan puas-puas malam tu. Ayam 2 ekor, ikan bakar 2 ekor, daging bakar dan hidangan wajib dia salad segar.  Puas hati sangat!

      Lepas dinner, kami jalan-jalan kat pekan. Niat nak memborong kurma dan olive oil sebab siwa ni kan pengeluar utama kurma & olive dunia.

syurga kurma ;)
       Habis je shopping malam tu, kami balik hotel dan rehat.


(3Dec2016)

-          Check-out hotel menuju Matrouh.


         Dalam perjalanan menuju Matrouh ni kami singgah di Pasar Libya (Souq Libya). Macam mya explain awal tadi, Siwa ni bersempadan dengan LIBYA kan..so here we go!! Souq Libya! 


Pekan area Souq Libya

Ni bangunan Souq Libya. Biasa je dari luar.

Di bahagian dalam Souq Libya. Anak-anak dah start kacau tokma dia dahhh



Bergumpal je kerja tak kisah kat mana pun ;)


       Kat sini winter jacket macam murah. So tergoda. Beli lah untuk yad & kak cupi satu sorang. ;)

nampak tuh kak cupi bergaya bawak beg plastik ada winter kajet dia. kemahennn

Cantik dan besar wall decoration ni.
      Kat sini jugak berhampiran Morocco. Setahu mya orang Morocco juga berbangsa Barbar. Jadinya kat area souq Libya ni pun ada sikit-sikit pengaruh senibina Morocco. Contohnya wall ni la. Kepingan macam kaca @ jubin kecil berwarna warni dorang cantumkan dan jadikan 1 gambar besar. Bukan senang nampaknya. Jenuh.

tak tau nak ambik gambar angel mana nak bagi nampak full wall ni


nampak tu kat blakang? dan bayangkan kena bertekun susun nak siapkan wall ni.phew

Fullscreen. Nak ambiik gambau full wall ni tak dapekkk


-          HAMAM CLEOPATRA, MATROUH

        Lepas habis shopping, kami menuju Hamam Cleopatra. Kalau kat Siwa tadi kolam mandi Cleopatra, sekarang nak ke Hamam Cleopatra. Atau bahasa kita...tandas la senang cite. Kami diberitahu bahwa Cleopatra ni wanita bangsawan yang sangat special. Kat mana dia pergi, negara mana-mana pun, dia akan ada private hamam. Untuk dia je! me like....seriously?? Dan bila nak upload gambar & tag location kat fb, type je hamam cleopatra, memang banyakkkk la appear kt situ.. Banyak negara. Fuh!

Langit dan laut punya warna yang sangat harmoni. CANTIK


        Pantainya cantik, airnya sangat biru kehijauan. Cuaca sejuk. Batu-batu pantai berdiri tegap. Sebelah kiri tu adalah Hamam Cleopatra. Kat tengah-tengah batu tu ada laluan masuk.

Adik dan kakak ;)



ma & adik. Cantik view batu putih berhadapan hamam ni

      Pantai Cleopatra di Marsa Matrouh ni sebenarnya adalah pemisah antara benua Afrika dan benua    Eropah.
-          
      Pantai Ageeba

      Selepas berehat seketika di Pantai Cleopatra, kami menuju ke Pantai Ageeba. Atau juga dipanggil dengan nama "Pantai & Warna".



      Bila kami sampai, mula-mula tu mya macam malas nak turun. Sebab nak ke pantai tu kena turun tangga yang agak tinggi. Perhati je dari atas.

pantai 7 warna - Ageeba Beach

      Crystal clear blue water. dan.. masyaallah..betullah..ada banyak tone warna kat pantai ni.
   
        Lepas dah tengok cantik..mula lah hilang segala rasa malas nak turun tadi tu..terus turun ke bawah  laju-laju. hehe..jual mahal kononnya kan tadiii...

Tangga menuju pantai

        Pantai Ageeba ni bertambah cantik dengan adanya dinding hakisan air laut berwarna keemasan.     Beralun-alun. Cantik. Subhanallah.


golden cliff

cliff penuh nama orang daaaa 


golden cliff. again.

geng budak laki ambik wuduk kat pantai & terus solat.

            
-          Bertolak balik ke Cairo. Sampai Cairo tengah malam.
a



      DAY 10 (4Dec2016)

-          Ke Souq Khan El-Khalili (Pasar Husin)
seni bina bangunan pasar yang cantik



-        Pasar ni adalah syurga shopping. One stop centre. Semua pun ada. Baju, cadar, kuali, pinggan mangkuk, perfume. Semualah! Bak kata ma, mak dengan pak je takde kat sini.kakaka.. Pasar ni besar & sesak. Tak sesuai bawak baby kecik.
  
     Dari tempat penginapan, kami ambik cap je. 25 LE pergi & 30LE balik.

     Kali ni mya sempat shopping:

     *  jubah Punjab kanak-kanak perempuan 3 pasang (40LE each / RM 10)
     * legging kanak-kanak 13 helai (250 LE / RM 62.50 utk 13 helai)
     * kain lace 2 meter (200LE /RM 50)
     * baju tidur satin silk 2pasang (75LE each / RM 18.75) 
     * Jeans Fayyadh 3 helai (250LE / RM 62.50 utk 3 helai)
     * Kain baju kurung 4m (100le/ RM25 utk 4 meter)

      Semua pun murah-murah sampai rambang mata kita ni haaaaa....



     Tengah syiok shopping..tiba-tiba baru perasan dah maghrib. Kami ke sini tadi jam 12 tengah hari. Saja keluar dalam jam 12 camtu. Ambik wuduk sesiap. Sampai je pasar ni kami cari surau & solat jamak sesiap. Surau public kat pasar ni takde tempat wuduk tertutup untuk perempuan adik mya cakap.


     By the way, sepanjang kat pasar ni mya tak ambik banyak gambar pun. Sebabnya adik mya pesan suruh hati-hati. Jangan nak tayang fon selfie sana-sini, nanti orang arab ragut & blah macam tu je. Dorang dah la besar & kasar. Tak mampu kita nak kejar & gaduh untuk dapatkan semula fon.. better hati-hati. 


     DAY 11 (5 Dec2016)
  
     ALEXANDRIA

     Untuk trip ke Alexandria ni kami sewa 1 Avanza. 500LE sehari (RM125). Kota Alex ni 2 jam perjalanan kereta dari Bandar Cairo. Kami hire student al-azhar yang dah mahir utk drive ke sana.


     Masa on the way ke sana, keluar je dari tol, semua kereta stop. Ingatkan ada accident. Adik yang drive keluar tanyakan. Rupanya kat depan sana ada RIBUT PASIR. Tapi dorang ni agaknya dah biasa, so pakat keluar dari kereta dan santai-santai kat luar. Ada yang panjat bas jugak utk lepak. perghhhh.. rare pemandangan camni! hihihi



     Lepas hampir dua jam perjalanan, alhamdulillah..kami sampai. Seolah-olah masuk satu kawasan pulau. Turun Jambatan, terus masuk kota Alexandria.


     First impression masa sampai Kota Alexandria รจ WOW!




     Sebuah kota di persisir pantai. Kalau kat Malaysia, ala-ala penang la kot. Hehehe. Masuk je Alexandria ni, jalan penuh sesak. Sama macam di Cairo. Tapi ada suatu yang istimewa di sini.  SENIBINA!



     Jauh sangat beza senibina bangunan di Alex berbanding dengan Cairo. Terasa seperti di Eropah. Senibina bangunannya sangat memukau dengan pesona laut Mediterranean. Tidak hairanlah bila ada yang  menggelarkan kota Alexandria ni sebagai sebahagian kota Eropah yang terdampar di pantai Mesir. Kota Alexandria menjadi saksi kemasukan peradaban Islam dan Romawi. Alexandria pada awalnya dibawah pemerintahan Cleomenes. Setelah beberapa abad, ia diuruskan oleh dinasti Ptolemeus hingga menjadi kota kedua setelah Rom. Alexandria juga merupakan kota Yunani Mesir.



     





    


     Sampai je kami terus melawat sekitar El-Muntazah. Kawasan ni merupakan kujungan raja-raja Mesir di musim panas. Senibina dan landskap cantik memukau pandangan mata. Terasa nyaman bila memasuki kawasan ni. Kami jalan-jalan di sekitar tepian laut dalam El-Muntazah dan juga taman bunga istana.

taman bunga istana







Fayyadh dengan abe (student al azhar yang tlg drive untuk kami)







     Seusai solat, kami singgah seketika di Istana Raja Farouk. Raja Farouk adalah raja terakhir kerajaan monarki Mesir sebelum Mesir menjadi sebuah kerajaan republic. Sebuah Istana yang gah dan cantik. Menghadap Laut Mediterrenean menjadikan istana tampak lebih memukau. Raja Farouk merupakan raja yang terlalu sukakan kemewahan hingga dibenci rakyat.
Istana Raja Farouk


istana raja farouk di belakang kami =)



     Setelah puas menikmati keindahan di kawasan El-Montazah, kami menuju ke Pusat Bandar Alex untuk makan. Kami makan disebuah kedai makanan seafood. Sotong 1kg, udang 1kg, ikan bakar, ikan goring, ketam, lala 1kg, dan salad  penuh meja. Baru 450LE (RM112) untuk 7 orang dewasa dan 2 kanak-kanak makan! Fuhhh!! Murahhhh. Tu pun makanan yang last tu pakat-pakat tolak-tolak pinggan sebab banyak sangat lauk pauk. Kat Malaysia mya makan untuk mai berdua dewasa je dah cecah RM100..


sempat ambik gambar ni je. kudap-kudap sebelum sampai order seafood.

     Bila perut dah pun kenyang, kami menuju ke Kubu Pertahanan Qaitbay. Kubu Pertahanan Qaitbay ini adalah benteng perlindungan yang terletak di pantai laut Mediterranean. 

   


   
   Hampir waktu senja. Jadinya kawasan kubu ni warna keemasan dek simbahan cahaya mentari yang hampir tenggelam. Sepanjang persisir pantai menuju ke kubu banyak gerai-gerai menjual souvenir. Mya sempat beli 1 miniature kubu Qaitbay sebagai kenangan.










kasik can laaaa



    Kami juga sempat menaiki boat kecil bawa kami merasai ombak laut mediterrenean di sekitar kubu. Ombak agak kuat. Kami agak seram jugak sebenarnya. Tapi lihatkan ramai pelancong yang cuba, kami pun turut sertai kemeriahan naik bot ni.










    Malamnya kami shopping. Murah dan meriah malam disini. Banyak gerai. Suami sempat dapatkan jeket kulit. Mya sempat belikan baju-baju anak-anak dan anak saudara. Kak sufi pun dapat 1 kasut. =)


Pemandangan malam di bandar Alex

     Selesai shopping, kami bergerak balik ke Cairo.


      DAY 12 (6 Dec 2016)

           Souq Khan el- Khalili (Hussin)

   Disebabkan hari tu kami ke sana sekerat hari, macam tak puas shopping lagi. So kami repeat sekali lagi sebab ada sehari free sebelum trip kami ke Sinai.

     Kali ni mya aim nak beli cookingware. Kat Egypt ni terkenal dengan brand TEFAL yang MURAH. Bangunan yang jual periuk belanga ni jauh ke belakang. Pasar Hussin ni actually besarrrrrr sangat. Sehari tak habis pusing agaknya.  So hari ni dapat la dua tiga ketul Tefal. Lepas tu mya cari beberapa set cadar. Murah dan cantik okeyyy!!

    Ma pulak beli jubah abaya hitam untuk kawan-kawan dia. Kali ni pergi awal pagi. Balik maghrib jugak. Kakaka. Still tak puas shopping! 





       ****belum habis lagi ni tau.. jumpa lagi next entry ya! ;)


      LotsOfLove,
      Mya Sumitra <3