Pages

Monday, 14 August 2017

Pertandingan NILAM

Assalamualaikum.

Hi semua! Lama betul rasanya mya tak update blog sebab agak busy.

Tapi malam ni sebab tengah hadap siapkan fail NILAM murid-murid mya ni, rasa cam kena stop sekejap. Kepala dah tepu. Hadap blog kejap. hehe

Tokoh NILAM BI SKJDP

So, mya buat sharing simple kat sini kot boleh jadi rujukan kawan-kawan guru atau parents jugak.
Sebelum pergi lebih jauh,  jom tengok video ni dulu ya.





Btw, ni mya cerita tentang pengalaman mya sebagai Guru Nilam di Melaka tau. Negeri lain mungkin berbeza caranya sebab ada maklumat bagitau mya Johor akan buat pertandingan peringkat Negeri dan Kebangsaan pada tahun yang sama.

Untuk negeri Melaka, pertandingan Nilam ni akan melibatkan 2 tahun. Katakan calon tahun 2016, akan bertanding untuk Peringkat saringan pada bulan 8. Hanya 3 Peserta  terbaik setiap kategori yang akan layak bertanding di Peringkat Negeri pada bulan 9.

Tahun lepas calon tokoh Nilam sekolah mya 4 orang. Calon NILAM BI 3 orang. Calon NILAM BM 1 orang. Calon-calon yang terlibat biasanya murid tahun 5. Sebab kita plan masa lawan kebangsaan murid ni dah di darjah 6. Sijil NILAM ni sangat membantu dia nanti.



Mya bersama calon-calon Nilam & Cikgu Shikin, Guru Perpustakaan & Media skolah

Amanda, Aina, Karishma & Putra

Pertandingan nilam ni ada beberapa kategori penilaian. Individu, berkumpulan dan jugak penulisan. 
Setiap kategori ada pemarkahannya tersendiri.


Penulisan - 25 %
Berkumpulan - 25 %
Individu - 50 %
Folio & dokumentasi - wajib ada. Jika takde- disqualified!

Murid akan diberikan masa untuk buat preparation. Boleh discuss dengan kawan

Masa ni cikgu pun still boleh bantu murid. 


Ni masa murid tengah tunggu turn penilaian individu. Time ni cikgu dah tak dibenarkan masuk ya.
 Untuk penilaian individu, murid akan diberikan tajuk. Murid perlu hurai mengikut kehendak soalan dan jawab semua soalan spontan dari juri. Dari sini lah murid akan dinilai pengetahuannya. Keyakinan dan kepetahan calon sangat2 diperlukan. Isi-isi yang diutarakan jugak perlulah bernas.

Turn untuk penilaian berkumpulan. 

Untuk penilaian kumpulan ni, cikgu kena galakkan murid kita supaya cuba untuk dominasi perbincangan tu. Tapi kena tekankan perlu ada ISI PENTING la.. jangan just jadi gaya moderator tu je.hehe. Maksudnya masa ni murid akan cuba sokong atau bangkang isi yang pihak lawan utarakan. Tapi kena ada hujah kenapa sokong atau bangkang. Huraikan lagi.

Alhamdulillah untuk peringkat saringan 2016, ketiga-tiga peserta NILAM BI sekolah kami layak ke peringkat akhir Negeri Melaka. Bayangkan saingan dari sekolah sendiri??? hahaha. Si putra menjerit! "why i must fight with you guys? my schoolmates! even u guys my classmates". ahahaha. cikgu pun gelak sama. Tapi sedihnya adik Aina calon NILAM BM kami tak berjaya lepasi Peringkat saringan ni. Tapi itsokey. Aina dah buat the best! 

Calon-calon NILAM BI yang berjaya bersama pegawai-pegawai BTPN

3 calon BI & 3 Calon BI yang layak ke peringkat Negeri 2016

Bulan 9, mula lawan peringkat Negeri pulak. Memang walaupun ketiga-tiga calon ni dari sekolah kami, tapi berdebar tu tetap ada. Sebab nanti pemenang Negeri ni yang akan wakili negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan. 


Dan...Finally, adik Amanda yang layak ke Kebangsaan. 


2 Calon BM & BI sekolah menengah. 2 calon BI & BM sekolah rendah layak ke Kebangsaan


Amanda bersama juri-juri Pn. July & Puan Tan. Cikgu macham biasa la mnyebok  sama ;)


PERINGKAT KEBANGSAAN

April 2017, pertandingan NILAM peringkat kebangsaan diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor.

Selama 4 hari event ni. Maklumlah. Peserta ramai dari setiap negeri. So memang agak makan masa.
Hanya majlis penutup buat di pentas utama PWTC. Majlis ini dirasmikan oleh YB Senator Datuk Chong Sin Woon. Timbalan Menteri Pendidikan 2. 

Majlis ni meriah sangat. Ramai penonton sebab orang ramai yang berkunjung ke pesta buku pun boleh join tengok sama. 
Barisan wakil dari negeri Melaka. 


Amanda & wakil sekolah menengah BI
Cikgu-cikgu pon nak selpie jugak! =)

Majlis Penyampaian Anugerah Nilam Kebangsaan di Pesta Buku PWTC

Tapi sadly Amanda wakil nilam BI kami tak dapat Johan untuk peringkat Kebangsaan. Tapi cikgu-cikgu tetap bangga dengan pencapaian Amanda. Mungkin nasib tak menyebelahi kali ni. Tapi alhamdulillah wakil BM Melaka dapat tempat ke 3 Kebangsaan. Tahniah adik Amsyar! Dapat tablet. dapat RM500. wow!


Penutup

Alhamdulillah atas pengalaman ni. Ni first time mya dapat peluang terlibat hingga ke peringkat kebangsaan. Tahun sebelum tu adik Aisyah wakil BI jugak berjaya ke peringkat Kebangsaan. Tapi sebab mya masih baru pindah sekolah dan masih blurr, so tak ikot murid lawan kat KL.

So setakat ni je lah sharing mya pasal nilam malam ni ye. mau sambung kerja. Insyaallah ada masa lagi mya akan sharing lagi untuk NILAM tahun 2017/2018 pulak. =)

Doakan team kami menang lagi tahun ni ;)







No comments:

Post a Comment